Nafsu
keinginan yg keras, kehendak hati yg kuat, kemahuan yg kuat, dorongan hati.
Kemahuan
sesuatu yg diingini; kemahuan; harapan.
Keperluan
apa-apa yg diperlukan; apa-apa yg berguna atau yg penting.
Hidup perlu belajar tahan nafsu!
Nafsu ingin memiliki 'kebendaan'
Terkadang, lihat orang guna, pakai, beli itu ini. Kita pun nak juga. Meskipun benda-benda itu entah berguna pada kita atau sebaliknya. Ya, sifat ingin memiliki yang semua orang sememangnya ada. Maka, tidak hairanlah jika kemahuan hadir membuak-buak sampaikan membeli benda yang langsung kita tak guna. Padahal, perihal 'mampu' itu bukanlah suatu alasan untuk kita menurut kehendak nafsu untuk memiliki semuanya. Kata orang, beli apa-apa yang kita perlu dan bukan yang kita mahu. Itu sebetulnya.
Dari kecil kita sudah pun mendambakan 'sesuatu'. Bermula dengan sebuah permainan. Kemudian kita kenal dengan 'fesyen' untuk menggayakan aneka warna dan design pakaian. Hinggalah saat ini, kita dambakan sebuah rumah dan kereta mewah.
Meskipun semua itu hanyalah bermula dengan impian dan angan-angan, ‘alah bisa tegal biasa’ hinggalah saat ini kita telah pun memilikinya. Tapi tak juga kita merasa ‘cukup’ bukan?. Hari ke hari pasti ada saja benda baru yang kita mahu. Sampailah suatu saat kita mula sedar bahawa bukan benda-benda itu yang kita inginkan. Sebabnya kita membeli atas dasar kemahuan dan bukannya atas dasar keperluan. Masanya untuk kita berubah. ‘Membeli apa yang perlu, menolak apa yang mahu’
No comments:
Post a Comment