http://dl3.glitter-graphics.net/pub/1573/1573533rhnyuqxux8.gif

Thursday, 12 December 2019

Puisi : Bukan Aku


Terduduk menyendiri ke arah kiblat
Meraut pada bayangan wajah seusai solat
Seharian bertafakur mencari asbab
Masih kosong, masih juga tidak terjawab
Apa mungkin jiwa ini telah hilang?

Semalam aku bermimpi melihat sekujur tubuh
Terbujur kaku di tepi sungai berpakaian lusuh
Siapakah dia?  Siapa? Siapa?
Aku  melangkah rapat memberanikan diri
Walau rasa takut memerangkap segenap hati.

Kaki yang melangkah terus terpacak tiang
Terkejut beruk dek bukan kepalang
Bukan kerana aku lihat jembalang
Tapi, sekujur tubuh itu adalah orang
Ya,  orang yang sama. Mirip benar rupanya.

Terduduk, melutut berasa hiba
Mulut terkunci menangis tak terkata
Jasad terbaring rupanya diri empunya
Terjawab sudah jiwa hilang entah kemana
Pergi bersama jasad buat selama-lamanya.

Bukan! Bukan! Bukan!
Itu bukan jasad aku
Aku masih disini berdiri kaku
Mana mungkin jasad itu adalah aku
Bukan aku!!!









Panduan Jadual Ibadah Harian di Tanah Suci Mekah dan Madinah

Jam 3:30 pagi 
1. Bangun tidur (Baca doa bangun tidur)

2. Mandi dan bersuci serta mengambil wuduk. (Baca doa wuduk)

Jam 3:30 pagi 
3. Berjalan ke masjid sambil istighfar 100 kali. (Membaca penghulu istighfar 33 kali)

4. Sampai di masjid (masuk dengan kaki kanan)
4.1 sebelum duduk, solat sunat Tahiyatul Masjid
4.2 solat sunat wuduk
4.3 solat sunat taubat
4.4 solat sunat hajat
4.5 solat sunat tasbih
4.6 solat sunat witir

Jam 5:05 pagi
5. Solat sunat subuh
5.1 solat subuh
5.3 mengerjakan umrah sunat (berniat di Tanaim dan tawaf serta saei)
5.4 membaca tasbih (300 kali) / membaca tasbih lengkap (100 kali)

Jam 7:00 pagi
6. Solat sunat israq 2 rakaat
6.1 solat sunat Dhuha 2 rakaat
6.3 Tawaf sunat

Jam 9:00 pagi
7. Balik ke hotel dan urus diri (makan, minum, rehat)

Jam 11:30 pagi
8. Pergi ke masjid

Jam 12:00 tengah hari
9. Solat Zohor (solat sunat sebelum dan selepas Zohor)

Jam 3:20 petang
10. Solat sunat Asar (2 rakaat)
10.1 Solat Asar
10.2 Membaca surah
        *Al-Waqiah
        *Al-Mulk                                                  

        *Ar-Rahman
        *As-Sajadah
        *Ad-Dukhan

Jam 4:00 petang
11. Balik ke hotel, urus diri dan istirehat.

Jam 5:00 petang
12. Berjalan ke masjid
12.1 Solat sunat Tahiyatul Masjid
12.2 Solat sunat wuduk
12.3 Membaca surah Al-Ikhlas 100 kali
12.4 Membaca zikir (500 kali) semusim haji elok dibaca 70 000 kali

Jam 5:45 petang
13. Solat Maghrib
13.1 Solat Sunat Maghrib
13.2 Solat sunat Awwabih (6 rakaat)
13.4 Berzikir dan berselawat

Jam 7:15 malam
14. Solat sunat sebelum isyak
14.1 Solat Isyak
14.2 Solat sunat selepas isyak
14.4 Baca ayat 1000 Dinar 33 kali
14.5 Solat sunat witir
14.6 Tawaf sunat (50 kali semusim haji)

Jam 9:00 malam
15. Balik ke hotel, jangan dilupa (berdoa agar bangun pukul 3:00 pagi)

***Waktu-waktu solat hanya anggaran sahaja, sembahyanglan mengikut waktu yang tepat***


Sumber : Facebook Kintan Salleh
Disunting dan disesuaikan oleh : azamcikgu.blogspot.com



Tuesday, 10 December 2019

Panduan Permohonan SPAi8

Permohonan SPA boleh diisi oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kelayakan PMR, SPM, STPM, Diploma dan Ijazah. Tidak semestinya anda kena ada degree then baru boleh apply SPA. 😉

Bagi anda yang ingin bekerja sektor kerajaan, inilah peluang terbaik anda untuk menjawat dalam perkhidmatan awam. Apa yang anda perlu buat adalah isikan maklumat lengkap dan boleh membuat pendaftaran SPA8i di portal rasmi SPA.

Cara isi borang permohonan: 👇

Berikut adalah cara mengisi borang permohonan SPA menerusi atas talian (online) seperti di bawah;

1. Layari ke laman web SPA8i dan isikan borang jawatan SPA, klik → Pemohon Pekerjaan SPA.

2. Daftar akaun SPA dan login akaun tersebut untuk mengisi borang maklumat pendaftaran pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia dengan mengisi borang SPA8i, klik → Borang Permohonan SPA8i.

3. Maklumat yang perlu anda lengkapkan dalam borang permohonan SPA8i adalah kata laluan/ soalan keselamatan, maklumat pemohon, maklumat akademik, maklumat ko-kurikulum, jawatan dipohon, pengakuan pemohon dan semakan permohonan.

4. Selepas isi maklumat permohonan SPA8i  dengan lengkap, anda boleh submit!

5. Permohonan anda telah dihantar dan sedang diproses.

Penting!!! Kemaskini Jawatan Kosong SPA dengan Betul. 👇

1. Pastikan semua maklumat diri anda yang diminta diisi dengan baik dan disimpan selepas membuat sebarang perubahan.

2. Masukkan semua peringkat tahap pendidikan yang anda ada pmr/spm/diploma/ijazah dan sebagainya dan pastikan kelayakan anda diiktiraf oleh mohe.gov.

3. Harus diingatkan Pemegang Diploma dibenarkan untuk memohon jawatan bertaraf SPM/DIPLOMA manakala Pemegang Ijazah boleh memohon jawatan bertaraf Diploma/Ijazah. Kalau anda ada Ijazah tapi apply jawatan bertaraf SPM jangan hairan kalau sampai sekarang anda tak dipanggil.

4. Tiada Urusan Pengambilan Pada Masa ini adalah salah satu masalah yang paling banyak orang terima dan sebenarnya cara untuk menghilangkan masalah ini dan memberikan SPA menunjukkan result permohonan terkini anda, anda hanya perlu delete kesemua permohonan yang telah anda buat sebelum ini yang telah melebihi tempoh 1 tahun dan masukkan kembali jawatan-jawatan terkini yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

5. Selepas anda remove semua jawatan² yang anda mohon yang telah melebihi 1 tahun dan telah masukkan jawatan terkini yang mereka tawarkan pastikan anda klik pada pengakuan pemohon dan membuat pengesahan permohonan.

6. Anda boleh membuat 15 permohonan bagi setiap tempoh 1 tahun dan pastikan anda tidak memohon melebihi 15 jawatan.

7. Tidak Menepati syarat Pelantikan Jawatan.
Masalah ini adalah berpunca daripada jawatan yang anda pohon tidak sesuai dengan kelayakan anda, Pastikan anda baca syarat-syarat penuh pelantikan jawatan yang anda mohon. Jangan main hentam tak baca syarat.

8. Pastikan anda tidak tertinggal untuk mengisi mana-mana kotak yang ditandakan dengan simbol * kerana kesilapan tersebut akan menyebabkan permohonan anda ditolak oleh sistem laman web SPA. Harus diingat bahawa sistem yang menyemak permohonan calon adalah arahan komputer yang telah disetkan. Sebarang kesilapan walaupun kecil akan di tolak terus oleh sistem.

9. Untuk bahagian alamat, saya sarankan anda menggunakan alamat yang selamat. Sebaik-baiknya adalah alamat yang mempunyai kotak pos (post box) berkunci. Kerana terdapat beberapa kes penyerahan surat Panggilan Temuduga tidak terserah kepada calon kerana alamat tidak lengkap atau calon tidak dimaklumkan oleh penerima tentang surat panggilan temuduga kerana menggunakan alamat orang lain.

10. Pastikan nombor telefon untuk dihubungi adalah nombor telefon bimbit anda sendiri YANG AKTIF. Kalau anda jenis yang suka tukar simkad pastikan update dekat profile. Anda juga dinasihatkan memasukkan nombor telefon ahli keluarga anda yang diketahui tidak sering menukar nombor telefon mereka. Sebaiknya adalah ahli keluarga yang tinggal serumah dengan anda.

11. Pada ruangan email, saya nasihatkan anda membuka alamat email yang kelihatan professional dan meyakinkan. Walaupun perkara ini nampak remeh, namun ia memainkan peranan penting semasa pihak SPA menilai PERWATAKAN dan SAHSIAH calon. Saya cadangkan anda membuat alamat email baru khas untuk temuduga. Ia bagi mengelakkan anda terlepas pandang email panggilan temuduga disebabkan oleh ratusan email dalam inbox email anda.

12. Semasa memilih jawatan, sebaik-baiknya anda;

- Memenuhi syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon – bermaksud sepadan 100% dengan kelayakan akademik anda. Klik pada maklumat Jawatan (Gaji/ Syarat Lantikan/Deskripsi Tugas) pada laman SPA untuk melihat kelayakan yang diperlukan.

- Menyusun susunan pilihan jawatan dengan mendahulukan jawatan paling sepadan dengan kelayakkan anda di ruangan pilihan yang teratas.

- Perhatikan juga syarat yang tertulis dalam kurungan contohnya (Keutamaan diberi pada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer), (Keutamaan diberi kepada calon yang lulus dalam salah satu daripada subjek Sains). Sekiranya anda memiliki apa yang disebutkan sebagai keutamaan ini, jadikan jawatan tersebut salah satu daripada pilihan utama anda. Sebaliknya, sekiranya anda tidak memiliki apa yang disenaraikan, jadikan ia pilihan terakhir.

- Peka dengan jawatan yang dipohon dan sebaik-baiknya pohon berdasarkan minat dan pengetahuan sedia ada anda. Ia akan banyak membantu semasa anda menghadapi temuduga nanti. Ini serius ya tak main-main. Semakin anda minat jawatan & bidang tersebut Insyaallah nak interview nanti pun senang nak jawab.

- Lihat pada bahagian Ko-Kurikulum, masukkan sekurang-kurangnya dua aktiviti sukan dan persatuan yang pernah anda sertai. Bagi yang tidak aktif dalam kegiatan Ko-kurikulum, cuba ingat kembali apa sahaja penyertaan anda. Anda pasti pernah terlibat walaupun secara kecil-kecilan. Pastikan anda mengisi bahagian ini kerana ia wajib bagi mendapatkan panggilan temuduga. Kerana terdapat syarat penilaian calon yang berbunyi “bukan berdasarkan kepada tahap kecemerlangan akademik semata-mata”.

- Ambil serius pada ruangan “Kebolehan Bahasa/Dialek Selain Bahasa Melayu” pula wajib anda mengisi dengan “BAHASA INGGERIS”. Penguasaan “BERTUTUR DAN MENULIS”. Ia akan memberi kelebihan kepada permohonan anda berbanding calon lain. Jangan takut untuk mengisi jawapan pada soalan ini. Kerana temuduga dalam Kerajaan Malaysia masih menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar untuk urusan rasmi kerajaan. Soalan yang perlu anda jawab dengan bahasa Inggeris semasa temuduga sangat sedikit.

- Menyemak butir-butir peribadi anda sekurang-kurangnya dua kali sebelum klik pada “Saya Setuju” dan menekan butang hantar. Setelah menghantar permohonan, semak inbox email anda untuk memastikan pihak SPA telah menghantar email sebagai pengesahan penerimaan pendaftaran anda. Sekiranya belum, sila hantar sekali lagi. Ini mungkin disebabkan ‘server’ sedang sibuk atau talian tergendala.

- Kemaskini permohonan anda sekurang-kurangnya setiap ENAM BULAN sekali.

INFO TAMBAHAN: 👇

1. Gais, dunia telah maju. Tolong buka mata. Mohon lupakan hasrat nak guna orang dalam atau "kabel". Mohon juga berhenti menuduh orang lain menggunakan kabel. Sekarang semua sistem yang pilih. Anda salah isi, anda akan ditolak.

2. Bagi mengisi kekosongan JAWATAN TETAP kerajaan, semuanya perlu melalui satu sahaja laman web. Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Suruhanjaya ini bertanggungjawab dalam mengendalikan pengambilan kakitangan kerajaan yang tetap sepenuhnya.

3. BAGAIMANA HENDAK TAHU JAWATAN APA YANG KOSONG?

Jawapannya, anda tidak akan tahu. Kakitangan awam biasa juga takkan tahu. Boleh tanya guru besar di sekolah berhampiran, kalau² dia tahu berapa banyak kekosongan Pembantu Tadbir Gred N17. Jawapannya mungkin tidak tahu. Namun begitu, anda boleh membuat anggaran jawatan manakah yang akan diisi dengan banyak pada tahun ini.

4. Kekosongan jawatan kerajaan setiap tahun ditentukan oleh Waran Perjawatan bagi setiap jabatan. Jabatan Perkhidmatan Awam ialah badan yang bertanggungjawab menentukan hal ehwal penjawat awam dari segi perlantikan, gaji, persaraan, dan jumlah kekosongan setiap jabatan lain.

5. Waran Perjawatan ialah jumlah kakitangan yang boleh digaji oleh sesebuah jabatan. Waran diluluskan oleh kerajaan berdasarkan keperluan Jabatan terbabit untuk menjalankan tugas dan fungsinya. Di dalam waran perjawatan ada dijelaskan dengan terperinci jumlah orang, gred jawatan dan dimana dia akan bertugas. Setiap jabatan wajib mematuhi waran ini.

6. Jadi, kekosongan dalam perkhidmatan awam hanya akan berlaku atas tiga sebab;

1) Pertambahan Waran Perjawatan.
2) Kenaikan Pangkat.
3) Penamatan Perkidmatan.

Pertambahan waran berlaku sekiranya kerajaan berpendapat Jabatan tersebut memerlukan lebih banyak sumber manusia (man power) untuk berfungsi. Kenaikan pangkat dalam sesuatu organisasi akan menyebabkan kekosongan berlaku di gred yang ditinggalkan. Penamatan perkhidmatan pula berlaku apabila ada persaraan, kematian, atau ada penjawat awam yang menamatkan/ditamatkan perkhidmatannya.

7. Ada beberapa teknik untuk mengetahui jawatan mana yang sesuai dipohon bagi tahun semasa untuk meningkatkan peluang anda mendapatkan kerja dalam sektor awam. Sila beri perhatian kerana ramai yang ambil mudah dan sekadar memohon secara rawak sahaja.

8. Kaedah paling mudah ialah dengan memerhatikan iklan di laman web SPA. Dari semasa ke semasa anda akan dapat melihat iklan kekosongan yang terpapar.

9. Kalau anda jenis yang malas ambil tahu atau tak alert pada iklan kekosongan jawatan di portal SPA, lebih baik menjadi mereka yang boleh mengagak dengan lebih awal jawatan yang akan diiklankan. Caranya? Perhatikan pembentangan belanjawan bagi setiap tahun. Pembentangan belanjawan (budget) biasanya diadakan sekitar bulan Oktober. Abaikan pengumuman lain. Tumpukan perhatian kepada pecahan agihan peruntukan kepada setiap kementerian dan jabatan. Jabatan yang memperoleh peruntukan paling banyak mempunyai kemungkinan paling besar untuk menambah kakitangan sedia ada.

10. Perhatikan juga sebarang projek besar kerajaan. Sebagai contoh, pengumuman rancangan kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah membuatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membuat pengambilan besar-besaran kearah menyediakan jabatan itu dalam perlaksanaan GST. Di sini anda sudah mengagak masih ramai kakitangan diperlukan.

11. Begitu juga dengan pengumuman projek pembinaan hospital, lapangan terbang atau lain lain projek mega kerajaan yang bakal dijalankan. Projek ini pastinya akan dan bakal mewujudkan banyak posisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam. Perhatikan bila projek itu akan dijangka siap, kerana pada tahun itulah pengambilan besar-besaran akan dilakukan. Maklumat seperti ini boleh membantu anda untuk memilih jawatan mana yang sesuai dipohon BAGI TAHUN ITU untuk meningkatkan kemungkinan anda dipanggil bagi menduduki peperiksaan memasuki skim perkhidmatan awam.

12. Ohya bagi iklan kekosongan jawatan swasta, memang benar, sekalipun anda berada sedikit di bawah kelayakan minima, anda digalakkan memohon. Masih ada peluang untuk dipanggil temuduga. Keadaan ini tidak sama bagi sistem online SPA. Jika tidak layak, nama anda akan digugurkan secara automatik. Jangan buang masa memohon jawatan yang anda tidak dapat penuhi syarat minimanya. Memang anda boleh memasukkan maklumat palsu, tapi percayalah, anda akan disuruh pulang sebaik sahaja bila dipanggil interview nanti.

13. Keadaan ini benar-benar berlaku. Banyak kekosongan jawatan beruniform biasanya menjadikan had ketinggian, bukaan dada dan berat badan sebagai pra-syarat. Jangan sangka dengan memasukkan maklumat palsu anda akan terlepas. Itulah perkara pertama yang akan disemak sekiranya anda dipanggil untuk temuduga atau ujian nanti.

14. Website SPA menyediakan senarai jawatan dan syarat minima yang diperlukan. Ambil masa untuk mengkaji dan menyenaraikan jawatan yang layak dipohon. Susun ikut keutamaan kelayakan akedemik anda. Maklumat ini boleh dicetak atau dituliskan terlebih dahulu sebelum anda mengisi borang online SPA8i.

Semoga bermanfaat.

Sumber : Facebook Nurul Hasanah
Disunting dan disesuaikan : azamcikgublogspot.com

Friday, 6 December 2019

Manusia! Selagi namanya dunia.


Manusia! Selagi namanya dunia. Pasti ada saja yang tak setuju.
Namun, itu bukan alasan untuk kita menolak atau mengetepikan sesuatu. Segala permasalahan pastinya ada jalan penyelesaian dan solusinya bergantung kepada sejauh mana pintarnya kita menguruskan.
Entri pada kali ini, cikgu ingin berkongsi bagaimana caranya untuk buatkan orang disekeliling kita bersetuju dengan hanya satu keputusan. Meskipun cara ini bukanlah 100% mampu membuatkan semua orang bersetuju, tapi mungkin mampu meminimalkan bilangan yang menolak.

Kita sendiri tahu, keputusan terhadap sesuatu yang memerlukan persetujuan bukanlah suatu hal yang mudah, namun tidak pula sukar jika kena dengan caranya. Seseorang perlulah bijak merancang dan mengatur percakapan.
Pertamanya, perlu mempunyai ilmu. 
Percakapan tanpa ilmu ibarat kapal yang berlayar di tengah lautan. Jika tidak dikemudi dengan baik, pasti hanyut tanpa arah tujuan. Begitu juga dengan percakapan seseorang yang memerlukan strategi dan pastinya strategi itu boleh dihasilkan sekiranya sessorang memiliki tahap ilmu yang tinggi. Bergantung pada kebijaksanaan seseorang untuk mengaitkan sesuatu isu dan hujahnya pula mestilah jelas dan boleh diterima dalam kelompok yang mengikuti perbincangan.
Belajar mengenali karakter seseorang.
Sifat dan sikap seseorang ada kalanya mampu diterjemah dengan mimik muka dan bahasa badan. Dari situlah, kita boleh mengenali karakter seseorang. Kemampuan membaca karakter seseorang bergantung pada seberapa ramai pergaulan kita sehari-hari. Makin ramai yang kita temui, maka makin banyaklah ragam manusia yang kelihatan. Termasuklah cara berjabat tangan, pandangan mata,bahkan cara seseorang makan dan minum.
Kesanggupan menerima pendapat atau kecaman.
Setiap orang punya keberanian yang berbeza, maka tak hairanlah jika ada saja yang berani mengutarakan pendapat atau pandangan, bahkan lebih menguji kesabaran tatkala ada yang berani mengecam. Namun, sebagai individu yang memiliki ilmu, jangan pula kita tewas gara-gara dikecam. Kadang kala, perkara yang dianggap kecaman itu bukanlah suatu yang bersifat kecaman, tapi pendapat atau luahan hati yang cuba dilontarkan oleh individu tersebut. Barangkali, dia tidak memiliki ilmu dalam komunikasi. Jadi, kitalah yang berperanan dalam menyelongkar cara komunikasi yang dimilikinya. Lihat saja di perkampungan, jika kita bercakap dengan orang-orang tua, pasti cara percakapannya berbeza bukan? 
Namun, namanya juga kehidupan.
Mana mungkin kita mampu puaskan hati semua orang. Mana mungkin setiap masa orang akan bersetuju dengan keputusan kita. Tapi, perkara yang paling penting adalah bagaimana kita berusaha meminimalkan satu-satu keadaan yang berpotensi menimbulkan ketegangan. 

Dalam erti kata, belajarlah apa-apa sahaja selagi ianya bermanfaat buat diri kita. Cubalah mengenali ragam manusia sebaik-baiknya dan belajarlah untuk menerima meskipun kadang kala ianya pahit untuk diterima.

Thursday, 5 December 2019

Makan! Makan! Makan!

Hidup ni mesti nak kena makan.
Teringat itu, rasa nak makan. Teringat ini, rasa nak makan.
Tapi pernah tak kita terfikir, makanan yang kita makan sehari-hari adakah sesuai untuk tubuh kita dan mampu memberi kesihatan kepada tubuh kita ? Ada sesetengah orang amat menitikberatkan setiap apa yang dia makan dan ada juga yang langsung tak ambil kisah dengan apa yang dia makan.
Baik, entri kali ini cikgu nak kongsikan cara pemakanan yang sesuai untuk tubuh kita. Islam telah pun mengajar kita cara pemakanan yang betul. Namun, kita sendiri yang tak mahu ambil kisah atau merasakan hal sebegini hanyalah hal yang remeh. Jika kita lihat catatan sejarah islam yang menceritakan Baginda Rasulullah S.A.W hanya jatuh sakit dua kali sahaja iaitu pada pertengahan umurnya dan menjelang baginda wafat. Malah, menurut catatan sejarah islam, sepanjang hidupnya, baginda tidak pernah sakit perut. 
Hurmmm... Apa agaknya rahsia baginda ?
Menurut pembacaan cikgu dalam entri yang dikongsikan oleh seorang blogger, rahsianya adalah amalan baginda iaitu, tidak mencampurkan makanan seperti berikut:-
  • Jangan makan SUSU bersama DAGING
  • Jangan makan DAGING bersama IKAN
  • Jangan makan IKAN bersama SUSU
  • Jangan makan AYAM bersama SUSU
  • Jangan makan IKAN bersama TELUR
  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU bersama CUKA
  • Jangan makan BUAH (masam) bersama SUSU (Contoh: Tidak boleh gabungkan susu bersama buah-buahan yang berasid, hanya kumpulan buah-buahan yang rasa aslinya manis sahaja dibolehkan).

Jadi, kalau kita sayangkan tubuh kita, cubalah ambil aturan yang betul dalam pemakanan. Cara mudah, buat jadual seperti yang cikgu kongsikan dibawah. Print out dan tampal di ruang makan ataupun kalau nak lebih menarik, hasilkan dalam bentuk ‘sticker wallpaper’. Mungkin agak sukar nak kawal pemakanan, tapi sanggupkan biarkan diri kita jatuh sakit? . Jangan sudah terhantuk baru tengadah. Suatu yang baik itu perlu ada usaha yang berterusan. Lama-kelamaan amalan itu pasti akan menjadi kebiasaan dalam rutin kehidupan. Kata orang ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’.

Jadual 1.1 Makanan yang tidak boleh dicampurkan ketika makan.
Bil
Jenis makanan
1
  • Jangan makan SUSU bersama DAGING
2
  • Jangan makan DAGING bersama IKAN
3
  • Jangan makan IKAN bersama SUSU
4
  • Jangan makan AYAM bersama SUSU
5
  • Jangan makan IKAN bersama TELUR
6
  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
7
  • Jangan makan SUSU bersama CUKA
8
  • Jangan makan BUAH (masam) bersama SUSU (Contoh: Tidak boleh gabungkan susu bersama buah-buahan yang berasid, hanya kumpulan buah-buahan yang rasa aslinya manis sahaja dibolehkan).


Kemahuan atau keperluan ?








Nafsu
keinginan yg keras, kehendak hati yg kuat, kemahuan yg kuat, dorongan hati.
Kemahuan
sesuatu yg diingini; kemahuan; harapan.
Keperluan
apa-apa yg diperlukan; apa-apa yg berguna atau yg penting.

Hidup perlu belajar tahan nafsu!
Nafsu ingin memiliki 'kebendaan'
Terkadang, lihat orang guna, pakai, beli itu ini. Kita pun nak juga. Meskipun benda-benda itu entah berguna pada kita atau sebaliknya. Ya, sifat ingin memiliki yang semua orang sememangnya ada. Maka, tidak hairanlah jika kemahuan hadir membuak-buak sampaikan membeli benda yang langsung kita tak guna. Padahal, perihal 'mampu' itu bukanlah suatu alasan untuk kita menurut kehendak nafsu untuk memiliki semuanya. Kata orang, beli apa-apa yang kita perlu dan bukan yang kita mahu. Itu sebetulnya.
Dari kecil kita sudah pun mendambakan 'sesuatu'. Bermula dengan sebuah permainan. Kemudian kita kenal dengan 'fesyen' untuk menggayakan aneka warna dan design pakaian. Hinggalah saat ini, kita dambakan sebuah rumah dan kereta mewah. 
Meskipun semua itu hanyalah bermula dengan impian dan angan-angan, ‘alah bisa tegal biasa’ hinggalah saat ini kita telah pun memilikinya. Tapi tak juga kita merasa ‘cukup’ bukan?. Hari ke hari pasti ada saja benda baru yang kita mahu. Sampailah suatu saat kita mula sedar bahawa bukan benda-benda itu yang kita inginkan. Sebabnya kita membeli atas dasar kemahuan dan bukannya atas dasar keperluan. Masanya untuk kita berubah. ‘Membeli apa yang perlu, menolak apa yang mahu

Buku Teks Digital

Download Buku Teks Digital (Bahasa Melayu Tingkatan 2) Download Buku Teks Digital (Bahasa Melayu Tingkatan 1)